Tuesday, July 13, 2010

Hidangan Kerabu


BAHAN-BAHAN
1/2 kg isi kerang - yang telah direbus dan dibuang kulit
100 gm tauge
5 batang kacang panjang - potong kecil
2 batang serai - hiris halus
1 labu bawang besar - mayang halus
1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
Bahan Sambal:
2 sudu besar udang kering
3 tangkai cili
3 ulas bawang merah
1 sudu besar kerisik
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Sedikit asam jawa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Celur seketika tauge dan kacang panjang. Angkat dan tuskan.
2. Kemudian gaul sebati kesemua bahan celur dengan serai, bawang besar dan kerang, ketepikan.
3. Tumbuk kesemua bahan sambal untuk dijadikan sambal. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati.
4. Hidangkan sambal dengan bahan lain.

BAHAN-BAHAN
15 ulas bawang kecil - hiris halus
3 lagu bawang besar - potong bulat
2 biji buah tomato - potong enam
2 paket suun - dicelur
15 biji cili padi - tumbuk
1 pokok daun bawang - hiris
1 pokok daun sup - hiris
2 batang serai - hiris
50 gm udang basah - buang kulitnya
2 ekor sotong - saiz besar dan potong bulat
1 bahagian dada ayam - cincang
5 biji limau nipis - perah airnya
2 sudu besar kicap cair
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebus ayam, udang dan sotong hingga masak. (Anda boleh menyimpan air rebusannya untuk dijadikan stok).
2. Suun yang telah dicelur dicampurkan dengan bahan-bahan di atas. Gaul hingga rata. Sekiranya terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan tadi.
3. Boleh dihidangkan begitu sahaja atau dijamu bersama nasi putih dan hidangan lain.


BAHAN-BAHAN
5 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
2 sudu besar air gula kabung
1 sudu besar sos sotong
1 sudu kecil garam
50 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak
50 gm udang kering
100 gm mangga muda - parut memanjang
200 gm betik muda - parut memanjang
2 kelopak daun salad
2 tangkai kangkung
2 batang kacang panjang
Beberapa hiris limau nipis diambil jusnya
1 kuntum bunga kantan

CARA MENYEDIAKAN:
1. Lenyekkan bawang putih dan cili padi hingga hancur menggunakan batu tumbuk di dalam periuk tanah.
2. Masukkan udang kering, garam dan kacang tanah, lenyekkan lagi. Masukkan pula air gula dan sos sotong, lenyekkan lagi sehingga semuanya sebati.
3. Masukkan mangga dan betik muda yang telah diparut memanjang, lenyekkan seketika.
4. Tuangkan jus limau nipis, kacau rata.
5. Masukkan kacang panjang yang telah dipatah-patahkan dengan tangan.
6. Kemudian hiris halus bunga kantan, masukkan ke dalam bahan-bahan yang lain, dan kacau rata. Hidangkan bersama daun salad dan kangkung.


BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk paku - celur
½ kg tauge - celur
1 kg kerang - rebus
2 sudu besar kecil kerisik
3 ulas bawang merah - hiris
5 biji limau nipis - ambil jusnya
3 tangkai cili merah - kisar
10 tangkai cili padi - kisar
Sedikit belacan
Sedikit garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Siang pucuk paku dan celur. Begitu juga tauge dan kerang.
2. Masukkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk dan gaul rata. Hidangkan.



BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang
5 tangkai ulam raja
1 biji mangga muda
100 gm tauge
5 tangkai cili merah
1 ulas bawang merah
1 sudu besar ikan bilis tumbuk
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Belah dua jantung pisang dan celur di dalam air panas selama beberapa minit sehingga
lembut. Hiris halus dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Hiris halus ulam raja dan mangga muda. Gaulkan bersama jantung pisang tadi.
3. Tumbuk cili merah dan campurkan dengan bahan-bahan di dalam mangkuk tadi.
4. Masukkan juga ikan bilis tumbuk dan garam secukup rasa. Gaul rata.
5. Masukkan tauge dan bawang merah yang telah dimayang halus. Gaul sebati dan hidangkan.

Hidangan Mi Dan Pasta

Bahan-bahan:
3 gm bawang merah - kisar
3 gm bawang putih - kisar
2 batang serai - kisar
20 gm udang kering - kisar
2 cm lengkuas - kisar
2 cm kunyit - kisar
5 gm cili kisar
5 helai daun limau purut
3 kuntum bunga kantan - kisar
3 gm daun kesum
2 mangkuk santan
Sedikit tau fucuk
Garam secukup rasa
Mi kuning atau bihun secukupnya - rebus
Bahan hiasan:
Daun bawang hiris
Kacang panjang celur
Hirisan ayam/udang rebus
Bawang goreng
Tauge - celur

Cara Menyediakan:
1. Tumis bahan kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daun limau purut, daun kesum dan bunga kantan.
3. Masukkan santan dan tambahkan sedikit air.
4. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan tau fucuk.
5. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Spageti Tom Yam

BAHAN-BAHAN:
150 gm spageti
1 sudu kecil pes tom yam
1 ulas bawang besar | cincang
3 ulas bawang putih | cincang
1 helai daun bay
Secubit herba oregano
Secubit daun tyhme kering
1 liter air
1 cawan krim putar
100 gm isi ayam
Minyak masak secukupnya.
Cara menyediakan:
1. Didihkan air, dan rebus spageti selama 10 minit. Tuskan dan biarkan sejuk.

2. Tumis bawang besar, bawang putih, daun bay, oregano, daun tyhme sehingga naik bau.

3. Masukkan pes tom yam, air dan krim putar. Kacau sehingga mendidih.

4. Masukkan isi ayam. Renehkan sehingga benar-benar masak.

5. Masukkan spageti ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah tadi.

Spageti Pedas

Bahan-bahan:
180gm spageti
1 kupang
40gm udang harimau
50gm sotong – dipotong kecil
5gm cili merah – dihiris
5gm daun basil segar – dihiris
1 sudu besar bawang putih cincang
½ sudu kecil lada hitam kisar
½ sudu kecil serbuk cili
Garam secukup rasa
Minyak zaitun
Keju parmesan – untuk ditabur
Cara menyediakan spageti:
1. Didihkan air secukupnya di dalam periuk. Masukkan spageti dan masak mengikut spesifikasi pada paket spageti.
2. Tos dan lalukan di bawah air sejuk beberapa saat.
3. Letak spageti di dalam pinggan dan gaulkan sedikit minyak zaitun agar tidak melekat.
Cara menyediakan sos spageti:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan kupang serta sotong.
3. Besarkan api dan tambah udang. Balik-balikkan dan teruskan menumis tiga ke lima minit hingga semua makanan laut hampir masak.
4. Tambahkan lada hitam, cili hiris, serbuk cili dan garam.
5. Gaulkan spageti dan apabila selesai, tabur basil cincang dan parutan keju parmesan.

Pasta Goreng Cili

Bahan-bahan:
Pasta (rebus dan rendam)
½ cawan cili kering
7 ulas bawang putih
200 gm sotong
150 gm udang
3 biji tomato (dadu)
Daun bawang
3 biji telur
Serbuk keju parmesan
Garam & gula
Cara menyediakan:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan cili dan tumis sehingga masak. Masukkan garam dan sedikit gula.
3. Masukkan pula tomato, daun bawang, udang dan sotong. Biarkan ia masak.
4. Akhir sekali masukkan pasta dan pecahkan telur. Gaul sebati.
5. Sewaktu menghidangkan taburkan serbuk keju parmesan.

Laksa Tongkol



BAHAN A:
2 ekor ikan tongkol (rebus)
3 sudu besar cili kisar
4 labu bawang besar (kisar)
2 batang serai (ketuk)
2 kuntum bunga kantan (hiris kasar)
2 keping asam gelugur
4 tangkai daun kesum
1000 ml air
BAHAN B:
1 bungkus laksa (rebus)
2 labu bawang besar (hiris)
1 batang timun (hiris)
2 tangkai cili merah (hiris)
5 tangkai cili padi (hiris)
2 biji telur rebus
CARA MENYEDIAKAN:
1. Isi ikan tongkol yang telah direbus dikisar halus.
2. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Masukkan kesemua bahan A dan tuangkan air. Masak sehingga mendidih.
3. Tambahkan garam secukup rasa. Hidangkan laksa dengan kuah serta hirisan bawang besar, timun, cili merah, cili padi dan telur rebus.
Bahan-bahan:
1/2 bungkus mi wantan - dicelur
50 gm sawi - dicelur
2 mangkuk air sup
1 sudu kecil bawang putih - cincang
3 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil serbuk perasa
2 sudu kecil stok ayam
2 sudu kecil gula
Serbuk lada sulah secukupnya
Sos hitam
Sedikit minyak
Tepung jagung secukupnnya - dibancuh dengan air
Cara Menyediakan:
1. Tumis bawang putih cincang hingga naik baunya. Kemudian masukkan semua bahan kecuali tepung jagung dan lada sulah. Biarkan mendidih, tambahkan lada sulah dan tepung jagung. Bila mendidih sekali lagi, angkat dan curahkan ke atas mi wantan dan sawi yang telah dicelur.
2. Hidangkan bersama Char Siew Ayam

Char Siew Ayam
Bahan-bahan:
400 gm dada ayam - direbus dalam air sup
2 sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar bawang putih - dihiris
Sedikit kicap pekat
Sedikit serbuk perasa
Pewarna merah
Sedikit minyak
Cara Menyediakan:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak dan perapkan dada ayam hingga campuran bahan sebati.
2. Kemudian panaskan kuali dan goreng dada ayam. Balikkan-balikkan hingga masak. Hiris nipis dada ayam yang telah dimasak sebelum dihidangkan.

Mi Kantonis

Bahan-bahan:
1 gulung mi sanggul (yee mi)
10 gm isi ayam
10 gm sotong putih - potong bunga
10 gm udang halus
2 halus bawang putih - diketuk
3 tangkai daun sawi
Sedikit tepung jagung - untuk memekatkan kuah
Garam dan serbuk perasa
2 cawan air rebusan ayam
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara Menyediakan:
1. Goreng yee mi dengan sedikit minyak dan asingkan di dalam pinggan.
2. Tumiskan bawang putih, isi ayam, sotong putih, udang sehingga garing dan masukkan air rebusan ayam serta sos tiram. Masak sehingga mendidih.
3. Masukkan garam, bahan perasa dan sayur sawi.
4. Campurkan tepung jagung (dibancuh dengan air) sehingga pekat.
5. Akhir sekali, pecahkan telur dan kacau sedikit saja.
6. Setelah kuah masak, tuangkan ke atas yee mi yang telah digoreng. Hias dan hidangkan.

Makaroni Serikandi

1 tin susu cair
4 biji telur ayam
250 gm daging lembu - dikisar
100 gm keju - diparut
1 sudu makan serbuk ketumbar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 hiris halia
2 sudu besar serbuk roti
2 sudu besar minyak sapi
Sedikit garam dan perasa ayam
Cara Menyediakan:
1. Makaroni dipatah-patah kecil, direbus hingga kembang dan dituskan. (Sewaktu merebus, masukkan sedikit minyak supaya makaroni tidak melekat setelah sejuk).
2. Sediakan bekas empat persegi panjang. Ambil sedikit minyak sapi, sapu rata di dalam bekas. Kemudian taburkan sebahagian serbuk roti di sekeliling bekas.
3. Panaskan susu di dalam periuk, apabila cukup panasnya (keluar asap) masukkan telur yang telah dipukul. Kacau rata dan angkat. Jangan biarkan sampai mendidih.
4. Gaulkan serbuk ketumbar, bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk dengan daging. Goreng di dalam kuali tanpa minyak sambil dibalik-balikkan. Angkat setelah airnya kering.
5. Sediakan bekas lain dan masukkan makaroni, daging, 3/4 daripada keju parut, garam, perasa ayam dan susu yang telah dimasak. Gaulkan sehingga mesra. Masukkan serbuk lada putih. (Susu biar sama rata dengan bahan-bahan lain dan tidak berendam)
6. Masukkan semua bahan ke dalam bekas tadi. Ratakan permukaannya. Ambil minyak sapi, sapukan di atas adunan. Taburkan serbuk roti dan akhir sekali, keju yang diparut.
7. Bakar dengan api yang sederhana. Apabila kekuningan, bolehlah diangkat.

Mee Hokkien

Bahan-bahan:
1 kg mi hokkien ataupun mi kuning leper
100 gm udang - buang kulit dan bersihkan
100 gm isi ayam - potong dadu
1 biji lobak merah - hiris halus memanjang
5 keping cendawan kering - rendam dalam air panas hingga kembang dan hiris
5 batang jagung muda - belah empat
2 keping kek ikan - hiris nipis
1 biji cili benggala - potong dadu
1 pokok sawi chap choy - dikerat
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bwang putih - cincang
1/4 labu bawang besar - cincang
2 sudu besar kicap mi
1 sudu besar sos tiram
1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan 1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar. Kacau hingga layu sedikit kemudian masukkan cili kisar dan kacau dari semasa ke semasa hingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ayam dan kacau seketika kemudian masukkan air, udang, kek ikan, lobak merah, jagung, kicap mi, sos tiram dan garam. Kacau dan biarkan mendidih.
3. Masukkan mi, kacau dan masukkan sawi chap choy serta cendawan. Kacau lagi hingga rata.
4. Akhir sekali, masukkan cili benggala dan bancuhan tepung jagung. Kacau dan padamkan api. Hidang panas-panas bersama cili jeruk atau cili kicap.

Spageti Aglio Olio Cendawan


Jom cuba resipi yang amat ringkas, mudah dan versatil ini. Jika terasa lapar pada waktu malam dan anda tidak mempunyai banyak bahan di dalam peti sejuk, ini adalah resipi yang patut dicuba.
Anda boleh menggantikan cendawan dengan hirisan ayam atau udang serta makanan laut lain. Rasanya juga lebih enak. Tetapi jika tiada, cendawan kering seperti di dalam resipi ini pun boleh!
Anda perlukan:
200 gm spageti
6-8 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
Beberapa keping cendawan kering - direndam hinggalembut
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil herba - parsli
1/2 sudu kecil lada hitam yang telah dikisar
2 biji cili kering - dibuang biji dan dipotong-potong (jika suka)
Garam secukup rasa
Untuk menyediakannya:
1. Didihkan air dan masukkan spageti. Apabila spageti masak (biasanya 8 hingga 10 minit, atau ikut spesifikasi di paket), tapis dan lalukan air ke atasnya agar spageti tidak terus memasak. Spageti seharus dimasak al dente kata orang Itali, maksudnya, tidak terlalu masak dan tidak pula mentah. Ketepikan.
2. Atas api sederhana, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga layu (jangan sampai garing). Masukkan cendawan (udang atau hirisan ayam), dan bahan-bahan lain. Kacau rata.
3. Akhir sekali, masukkan spageti dan gaul sebati.

Jika isteri menangis dihadapanmu

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA. dan sangat BERHARGA.