Wednesday, July 28, 2010

BISKUT SAMPRET




KUEH DERAM






kueh koya atau dikenali dengan nama kueh putu..diperbuat daripada kacang hijau dan tidak dibakar tetapi dijemur di bawah matahari..kueh tradisi yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas..dijual dengan harga RM12.00 untuk 70 keping..



Biskut Brunei yang dilitupi bijan dan custard sungguh menyelerakan apabila dihidang semasa menyambut tetamu di musim lebaran nanti..harga hanya RM25.00 untuk 100 keping.


Biskut sugi enak yang dijual dengan harga RM25.00 untuk 100 biji.

salam ramadahan dan syawal,

kueh karas yang sangat rangup..tidak terlalu manis..sesuai dijamu kepada tetamu di hari lebaran nanti..satu peket mengandungi 100 keping dan dijual dengan harga RM28.00 sahaja..order...jangan tak order....


Senarai Harga

  • KUIH SARANG SEMUT (100 KEPING) - RM25.00
  • KEREPEK PISANG TANDUK (1/2 KILO) - RM12.00
  • BISKUT SUGI (100 KEPING) - RM25.00
  • BISKUT BRUNEI (100 KEPING) - RM25.00
  • BISKUT CORNFLAKES MADU ( 100 KEPING) - RM30.00
  • BISKUT SAMPRET (100 KEPING) - RM25.00
  • BISKUT KACANG MAZOLA (100 KEPING) - RM15.00
  • BATANG BUROK (450 GM) - RM10.00
  • KUEH KOYA (70 KEPING) - RM12.00
  • MINI POPIAH (1 KILO) - RM30.00
  • KUEH BANGKIT SANTAN (100 KEPING) - RM20.00
  • DODOL ISTEMEWA (1 KILO) - RM18.00
  • KUEH DERAM (50 KEPING) - RM15.00
  • KEREPEK UBI PEDAS KERING
  • KEREPEK UBI PERISA KARI
  • KEREPEK UBI PERISA TOMATO
  • KEREPEK UBI PERISA JAGUNG
  • KEREPEK UBI BLACK PAPER
  • KEROPOK KENTANG KOSONG
  • KEROPOK KENTANG PEDAS
  • KEREPEK UPI PEDAS BASAH
  • KEROPOK KACANG PEAS
  • KUIH GULONG

Kek Keju Amerika


Image

BAHAN LAPISAN KEJU:

500 gm keju

140 gm gula

2 biji telur

CARA MENYEDIAKAN:

Putar keju dan gula sehingga putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Ketepikan.

BAHAN LAPISAN KEK SPAN:

125 gm tepung kek span

2 biji telur

50 ml air

50 ml mentega cair

1 sudu besar serbuk koko

CARA MENYEDIAKAN:

Putar tepung, telur, air, serbuk koko dan mentega cair sehingga kembang. Masukkan minyak perlahan-lahan. Bakar pada suhu 180 0C selama 40 minit. Bila masak, potong bahagian tepi dan atas.

BAHAN LAPISAN BISKUT:

1 cawan serbuk biskut mari

1/4 cawan marjerin cair

CARA MENYEDIAKAN:

Satukan kedua-dua bahagian sehingga boleh dikepal.

CARA KESELURUHAN:

1. Ratakan lapisan biskut ke dalam acuan.

2. Biarkan sebentar di dalam peti sejuk.

3. Lapiskan dengan lapisan kek span.

4. Tuangkan lapisan keju.

5. Bakar selama 40 minit dengan suhu 150 0C.

PESAN SAJI:

  1. Kek mestilah dibakar secara ‘kukus’ - Acuan kek diletakkan di dalam loyang yang berisi air.
  2. Selepas bakar, jangan dikeluarkan kek terus dari oven. Buka pintu oven dan biarkan kek sejuk di dalam oven. Ini bagi mengelakkan permukaan kek merekah.
  3. Kek hendaklah disejukkan semalaman sebelum dimakan.
  4. Loyang kek sebaiknya menggunakan bentuk ‘ring’. jika tidak ada loyang seperti itu, anda bolehlah lapikkan loyang dengan kertas aluminium. Ini kerana untuk mengeluarkan kek keju, ia tidak boleh diterbalikkan seperti kek-kek lain. Kita harus angkat kertas aluminium untuk mengeluarkan kek.
  5. Oleh itu kertas aluminium hendaklah dilebihkan sedikit pada bahagian luarnya.

Kek Keju Philadelpia


Image

BAHAN-BAHAN:

1 1/2 cawan oreo yang telah dihancurkan

2 sudu besar mentega cair

225 gm keju Philadelphia

1 cawan gula

5 biji telur gred A

2 sudu besar jus oren

1/2 sudu besar kulit lemon parut

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campurkan mentega cair ke dalam biskut oreo yang telah dihancurkan tadi.

2. Terap ke dalam dulang dan bakar di dalam ketuhar selama lapan minit pada suhu 180 0C dan sejukkan.

3. Pukul keju Philadelpia bersama gula sehingga benar-benar sebati.

4. Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi.

5. Masukkan jus oren dan kulit lemon dan pukul sebentar.

6. Kemudian, tuangkan ke dalam acuan yang mengandungi adunan biskut yang dibakar tadi dan bakar selama 55 hingga 60 minit.

7. Biarkan kek keju ini sejuk di dalam ketuhar.

8. Keluarkan bila ia benar-benar sejuk. Simpan di dalam peti sejuk.

9. Bakar dengan cara `water bath’, maknanya di atas acuan itu mestilah dilapik dengan dulang yang berisi air.

Tiramisu Ala Amerika


Image

BAHAN KEK SPAN COKLAT:

5 biji telur gred A

3/4 cawan gula

1 sudu kecil vanila

1/2 cawan dan 2 sudu besar tepung gandum

4 sudu besar tepung jagung

4 sudu besar serbuk koko

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan oven pada suhu 1800C. Sapu mentega pada dulang pembakar.

2. Dengan menggunakan mesin pengisar, pukul telur, gula dan vanila selama 10 minit.

3. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko beberapa kali.

4. Masuk campuran tepung ini ke dalam adunan telur secara perlahan-lahan.

5. Tuangkan adunan di atas ke dalam dulang yang telah disediakan. Bakar selama 35 hingga 40 minit. Sejukkan.

BAHAN SIRAP:

2 cawan air

1/2 cawan gula

CARA MENYEDIAKAN:

Di dalam mangkuk satukan air dan gula, biarkan sehingga larut.

BAHAN SAPUAN:

1 cawan kopi espresso

BAHAN KRIM MASCARPONE:

8 biji telur merah gred A

1 cawan gula kastor

450 gm keju mascarpone dilembutkan

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul kuning telur lebih kurang dua minit dengan mesin pengadun.

2. Masukkan gula perlahan-lahan. Pukul lagi sehingga gebu dan sebati.

3. Masukkan krim Marcarpone yang telah dilembutkan tadi ke dalam mesin pengadun.

4. Pukul sebentar. Sejukkan sehingga siap untuk digunakan.

CARA MENYUSUN TIRAMISU:

1. Potong kek span kepada tiga lapis.

2. Bahagikan krim Mascarpone, sirap dan kopi espresso kepada dua bahagian.

3. Letakkan lapisan kek span yang pertama ke dalam bekas dan letakkan di tempat yang agak tinggi sedikit bagi memudahkan kerja menghias.

4. Sapukan sirap dan sedikit kopi espresso dengan menggunakan berus.

5. Sapukan setengah krim mascarpone di atasnya.

6. Lapiskan semula dengan satu lapis kek span lagi. Ulang hingga selesai. Sejukkan.

7. Hiaskan tiramisu di atas de­ngan serbuk koko.

Kek Keju Coklat Cip


Image

BAHAN KEK KEJU:

400 ml krim putar

10 gm gula kastor

80 gm tepung jagung

80 gm mentega

7 biji putih telur (buat meringue)

7 biji kuning telur

2 buku krim keju (sebuku 250 gm)

200 gm coklat chip

1 sudu besar jus lemon

BAHAN COKLAT GANACHE:

500 gm coklat masak

250 ml krim putar

120 gm mentega

1 sudu kecil minyak jagung

CARA MENYEDIAKAN:

1. Terlebih dahulu pukul mentega, krim keju dan gula kastor hingga sebati.

2. Masukkan tepung jagung dan pukul rata.

3. Campurkan kuning telur satu persatu bersama krim putar serta satu sudu besar jus lemon. Pukul sebati.

4. Akhir sekali, masukkan putih telur yang telah dibuat meringue bersama chocolate chip dan balik-balikkan bersama adunan tersebut.

5. Masukkan ke dalam bekas yang telah disalut dengan kertas alumunium dan letakkan di atas dulang berisi air. Bakar di dalam oven bersuhu 1600C selama satu hingga satu jam 30 minit.

6. Sejukkan di dalam chiller semalaman sebelum dihias.

7. Untuk menyediakan ganache, cairkan coklat masak, mentega dan krim putar mengunakan kaedah water bath.

8. Kemudian masukkan sesudu minyak jagung dan gaul sebati. Biarkan semalaman di dalam chiller hingga pekat. Hiaskan kek keju tadi dengan coklat ganache tadi. Taburkan gula aising di atasnya.

#Kaedah merigue: Pukul putih telur dengan pemutar 'whisk' hingga kembang dan gebu. Masukkan ke dalam mangkuk dan sejukkan seketika.

#Kaedah water bath: Ambil semangkuk air panas. Kemudian ambil mangkuk (kalau boleh yang diperbuat daripada aluminium ataupun besi tahan karat) dan letakkan di atas air panas tadi. Cairkan kesemua bahan di dalam mangkuk aluminium tadi.

3 Jenis Brownies ( Badam, kismis, Walnut)


3 Jenis Brownies ( Badam, kismis, Walnut)

BAHAN A:

250 gm coklat masak

310 mentega


BAHAN B:

250 gm gula

5 biji telur

Sedikit esen vanila

BAHAN C:

200 gm tepung

20 gm serbuk koko


BAHAN D: (pilihan)

100 gm badam cincang

100 gm kismis

100 gm walnut


BAHAN KRIM:

357 gm coklat masak

142 ml susu segar


CARA MENYEDIAKAN :

1.Masak bahan A menggunakan double-boiler

2.kemudian cairkan coklat dan ketepikan

3.Pukul gula dan telur hingga kembang.Tuangkan esen vanila

4.Masukkan bahan A

5.Satukan tepung dan serbuk koko dan diayak. Kemudian masukkan sedikit

demi sedikit ke dalam adunan


6.Akhir sekali msukkan badam cincang

7.Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180' C selama 40 minit

8.Untuk krimnya,masak susu sehingga berbiuh

9.Masukkan coklat

10.Setelah sejuk sapukan krim dan taburkan dengan badam di atas kek.

Kek Coklat Kukus


Kek Coklat Kukus

BAHAN-BAHAN:

1 cawan serbuk coklat

1 cawan gula pasir

1 cawan marjerin cair

1 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil soda bikarbonat

3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.

2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)

3. Angkat dan sejukkan.

4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.

5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.

6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.

7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.

8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

PESAN SAJI: Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar.