Saturday, July 24, 2010

Cara-Cara Nak Buat Cili Boh atau Sambal Goreng (Pedas) Untuk Disimpan Lama Di Dalam Peti Sejuk Untuk Kegunaan Menumis Di Masa Hadapan

perghhh lama giler ah aku tak update blog makan-makan malaya ni kan

gua busy giler2 ok. hengat korang je ke yang busy. hehe :)

ok lah semenjak aku dok kat perantauan ni kan, aku rasa mcm susah sangat nak beli cili boh

so sekarang aku nak tunjukkan korang cara2 nak buat cili boh or sambal goreng

ini untuk mass produce dan disimpan lama di dalam freezer utk kegunaan menumis di masa hadapan

cara dia memang senang la sangat. just perlu adakan bahan utamanya iaitu cili kering sahaja

mula-mula kita kena jemurkan dulu cili kering ni. aku suruh cook aku je jemur

so nak bagi mati segala kuman2 yang kita tak mahu kan. hehe ko tengok la kaler cili kering tu pun dah putih2 sket

so aku nak bagi mati semua kuman2 kita pun apa lagi kan. jemur ke kat laman korang

jemur dalam 2-3 hari pastu dah ready untuk di masak or rebus

cili kering ni korang siat2 kan dia. or potong je ngan gunting

aku kalau dah jemur tuh kan, lepas tu mmg senang giler ah nak potong

dengan jari pun boleh! so potong kasi pendek2 sebab nanti senang la nak blender

kalau panjang2 karang tersekat la plak blender murah korang tuh kan

kalau mcm aku pakai blender phillips actually tak perlu potong2 ni

tapi nak bagi cukop syarat, aku potong gak la haha

lepas dah potong2 tuh, korang bolehlah ayak kan or tapis kesemua biji2 cili kering tuh

banyak giler ok biji2 cili kering ni. boleh dibuat benih nak tanam cili kering masa summer ni nanti

aku kumpul ada la dekat 2-3 bekas axion besar gua cakap lu

lagi satu, kalao ko rasa nak buat cili boh or sambal goreng tahap cirit ke 8, ko masukkan je semua biji2 cili kering tu

mcm aku nak cirit tahap ke 3 cukop la. haha

so aku tapiskan kesemua biji2 cili kering tuh asingkan, x nak masuk dalam periuk masa nak rebus nanti

ni la dia penapis yang aku gunakan nak tapis cili nak asingkan dengan biji dia

biji cili ni la sebenarnya yang buat cili tuh pedas ok

kalau ko buang kesemua biji2 tuh kuranglah kepedasan cili2 tuh nanti

takde la kurang mana, cuma kurang sket je la kan. hehe :)

lepas tu apa lagi, panaskan periuk pastu masukkan air. aku guna air mineral

kat islamabad ni tak boleh pakai air paip. sebab air dia mcm berat. penuh kalsium ke mende haha

so aku guna air mineral. lagi satu cili boh akan lebih tahan lama kalau pakai air yang bersih ok

masaklah dengan api sederhana. masa masak ni make sure bukak pintu dapur

or make sure korang bukan ventilator sebab bukan apa

bau rebusan cili kering ni akan semerbak baunyer kat dapur sampailah satu rumah woooo hehe :)

tu dia masa cili kering dah tengah menggelegak dalam periuk.

memang nampak seungguh menggiurkan dengan kaler merah mak ngah tuh kan

bau pun semerbak satu dapur ok. mmg siap boleh terbersin2 aku masa masak ni

hehe tu la yang bestnyer kalau buat sendiri cili boh or sambal goreng ni kan

yeay! mari ki amik gambar close up sket cili kering yang sedang direbus

amacam ada rasa mcm nak makan ke idak. hehe :)

masa ni kalau korang bukak penutup periuk cili kering akan tersembul kat atas semua

semuanya nak naik sebab kepanasan la kan. berbuih2 panas lagi ok

oklah bila dah agak2 masak tuh kan. ala korang2 bajet2 sendirilah bila dah nak masak tuh

korang slowkan api and then masak lagi sampai dalam 1/2 jam gitu

just nak make sure cili ni masak sepenuhnya je sebenarnya. pastu tutup api

and then biarkan dia sejuk kejap. nak tahu mcm mana dia dah sejuk ke idak?

ala tu pun aku nak ajar ke eh? hampeh kalau ko pegang periuk tuh x melecur jari jemari lemah gemalai

kira dah sejuk la tuh kan. hehe :)

langkah seterusnya adalah nak blend kesemua cili2 kering yang dah direbus tadi

aku biasanya biarkan dia suam2 kuku then terus je lah blend segala benda kan

haha aku lupa nak amik gambar masa tengah blend. sudahnya dah habis blend nak basuh barulah teringat

so korang tatap je lah gambar blender yang dah nak dibasuh ni kan. haha

aku tapis dulu sket2 cili kering and then masukkan air rebusan tuh dalam half blender

ye la kan kalau cili sahaja nanti, x berjalan la plak blender tuh kan. hehe :)

ni la dia blender phillips yang aku gunakan. mmg nampak dah comot sebab selalu guna

kalau clean and tidy tuh namanya jarang2 guna or jarang2 ke dapur. haha

banyak berjasa dah blender neh ok. aku belum buat juice mangga je ngan blender ni

tengoklah nanti gua buat ice blended mango plak ngan blender neh hehe

ok bila dah blend segala bagai tuh kan. korang set aside cili boh tadi

biasanya aku simpan je cili boh tuh dalam freezer. tapi kadang2 x tahan lama la cili boh aku ok

so kali ni aku nak masak or goreng terus cili boh tuh

jadilah sambal goreng. lepas ni bolehlah tahan lama sket dalam freezer tuh kan hehe

dengar cerita boleh tahan lama berbulan2 ok dalam freezer nanti

ni la rupa dia kalau korang dah masukkan cili boh dalam minyak yang panas

mmg mula2 akan meletop sampai jatuh ke kaki aku

haha panas giler dowh. titisan cili boh meletop mcm pecah minyak neh jatuh kat tangan ok

korang rata2 sket supaya dia tenggelam sket dalam minyak

x perlu byk sangat minyak sebab nanti kalau nak masak kemudian kita still akan pakai minyak kan

masa dia dah mula pecah minyak ie minyak dah nampak berlubang2 kat atas sambal tu kan

korang kenalah tutup kuali. mmg bising giler bunyinya ok.

mmg rimas aku dengan rasa panas dengan bunyi minyak nyer lagi

pergghhhhhh tapi bau dia best la bila dah masak. ala2 sambal tumis gitu. hehe :)

lepas dah bukak penutup korang kacau lagi la sampai cili boh neh masak jadi sambal sket kan

then tutup penutup dia. then kacau. then tutup. then kacau

berkali2 sampai korang puas hati. dan biasanya akan berkerak sket la sambal goreng kita ye puan2

jangan risau sebab tang kerak tuh la paling rangup dan best ok bila dimakan dengan ketam bercili nanti. hehe :)

lepas tu korang masukkan dalam bekas lain bila dah masak

kalau nak masukkan dalam bekas nak simpan sejuk dalam peti ais pun boleh wooooo

aku masukkan dalam periuk kosong dulu. biarkan sejuk baru transfer ke tupperware or bekas lain

lepas tuh apa lagi sedia lah untuk disimpan dalam peti sejuk or freezer untuk berbulan2 lamanya

sedia je untuk ditumis dibuat sambal dsb anytime, anywhere. cewahhhhhh speaking london gitu.

ni la rupanya bila dah masuk kat dalam tupperware or bekas simpanan sejuk tuh kan

punya sket je tuh. daripada satu periuk besar cili kering rebus

bila dah blend. dah masak goreng. jadi satu bekas ni je rupanya

dem. penat aku buat ok. tapi takpe hasilnya mmg berbaloi2 ok hehe :)

dan ini adalah hasil pertama dengan cili boh or sambal goreng tadi

x sabar2 aku nak terai time2 tuh jugak la kan

hehe pedas giler nasi goreng kali neh sebab aku terlupa nak masukkan air perahan asam jawa

anyway pedas2 pun best apa kan. huahuahua

selamat mencuba! dan selamat beramal! hehe

Prawn Fettuchini in Tomato Sauce (Home Made) !


ni semua pasal ada satu kedai makan ni lah kan

kalau makan kat kedai tuh surelah takkan puas kan. hehe :)

ada ke letak udang ngan daging sket je

kuah pun ala2 kadar je. baik tak payah meniaga

sebab tuh aku pun apa lagi terus nak masak fettuchini.

biasa masak spaghetti. kali neh cuba fettuchini plak lah kan

since aku suka pedas so kenalah pakai sauce tomato

letak chili potong sket2 ngan tomato ceri

actually aku main campak2 je

tumis sket ngan olive oil pastu ngan garlic je

takde bawang merah langsung. letak black pepper. hirisan cili merah

pastu guna sauce tomato prego and then masukkan tomato ceri kecik2 tuh

pastu apa lagi masak la sekali fettuchini tuh. hehe :)

masa rebus fettuchini make sure masukkan garam sket ngan olive oil tak nak bagi dia melekat kan

hehe kalau ada cili padi maunyer aku hiris2 cili padi sekali

kasi pedas la baru kaw2 kan. hehe :)

memang sedap dowh fettuchini kali neh

haha actually kan nak masukkan sekali cendawan ngan sayur sket

sekali balik rumah cendawan takde la plak

bahan2 hijau ie sayur pun takde. daun bawang pun takde. hehe

tak payah sayur la kan. hehe garlic dah ada tuh. hehe :)

banyak giler aku letak udang ngan daging. amik kau !

haha puas hati lah. dah la kuah banyak giler kan

memang puas sebab sos tomato pun sedap. haha


Jom Jalan Gi Makan

hehe ini adalah satu lagi posting yang panjang giler

aku tak bertanggungjawab kalau page tak load sepenuhnya. haha

perghhh tengok je lah keenakkan roti bakar 434 kat bawah neh kan

hari tuh aku sempat la singgah ke kedai kopi 434 neh

bawah neh biji2 kopi yang original ok

memang tak tipu punyalah !

ayah aku memang suka giler dengan kopi 434 kat muar neh

kalau tak silap kat kl takde ok kedai kopi neh

punya la lama aku dok kat melaka baru sekarang aku sempat pergi kedai neh ok

memang cool. kopi dia memang pahit giler

brown sugar yang dia bagi tak dapat nak menghilangkan kepahitannya ok

memang pahit giler dowh !

memang tak tahan siot. haha

lagis atu aku suka giler dengan kelembutan roti bakar dia

kaler kuning yang sungguh cool. memang sedap ok !

tu semua menu2 yang ada

actually ada banyak lagilah tapi aku snap yang dua neh cukuplah

nak lebih2 silalah datang ke kedai kopi 434 muar ok

haha adik aku tengah jakun dengan mesin buah kopi yang dah tak boleh guna lagi

dah jadik vintage katanya. hehe

surelah mahal kan machine neh

tu dia siap ada tile sekali dowh

lawa la number dia 434

korang tahu ke apa number ni ?

inilah number telefon kedai neh dulu2

senang je nak hengat kan. hehe

tu dia punya banner kat luar

aku nak minum kopi yang cawan tinggi giler tuh la!

kedai kopi 434 neh depan je dengan stesen bas muar ya

memang sesak giler ah kat sini

aku nasihatkan korang parking je kat sebelah stesen bas and then jalan ke sini

tu adalah biji kopi asli ok

kopi gajah katanya

hehe memang harum la bau biji2 kopi neh dowh !

tu dia special set dah sampai

memang tak sampai 5 minit terus habes roti tuh ok

memang sedap giler wa cakap lu beb !

ni la dia cappuchino kopi 434 neh

memang sedap. memang segar

aku suka la dengan kepahitan kopi dia.

memang cukup pahit dowh !

haha punya la banyak2 menu kat sini

adik aku dengan selambanyer order maggie. haha !

ni style roti yang keras sket.

kureng la compared dengan roti yang lembut tadi kan

cuma kalau cecah kopi o panas kaw2 jugak kot. hehe

tu dia segala seramik untuk korang beli

kalau nak lah kan

hehe akud ah cukup banyak cawan lah !

hehe aku siap tapau kopi 434 sekali

memang cool lah !

memang best giler…. haha


#copy from http://makanmalaya.com/

Jom cari makan....

actually aku dah pergi kedai kopitiam pak lang pd neh dah banyak kali

mula2 jumpa pun secara tak sengaja

masa nak register adik aku kat poli pd, nak pergi bfast

sekali terjumpa kopitiam neh. apa lagi terus belasah je lah kan. hehe

aku rasa best gak la kopitiam neh

banyak makanan dia and then interior dia pun ok jugak. hehe

oklah let the pics do the talking, shall we…

tengok la tuh exterior yang sungguh menawan kan

aku memang daripada dulu berkenan degan style tingkap ala2 melaka style tuh

ada cukup kalerful la. hehe i like !

kalau aku ada duit lebih akan aku buat tingkap tuh kat rumah kat setia alam nanti. hehe

dinding pun pakai batu yang khas tuh kan. lawa dowh !

masuk je korang akan nampak jam2 antarabangsa neh

hehe time kat perth pun ada ok

so kalau tourist datang bolehlah check2 pukul berapa kat kampung diaorang kan. hehe

beza sangat ke time port dickson dengan hong kong ek ?

tu dia punya la berlambak makanan yang kitaorang order

dah nama pun big breakfast kan. hehe ala2 mcd la plaks. ahaks

penuh woooo satu meja. tapi memang berbaloi la nak spend duit kat sini

memang cool la makan kat kopitiam

aku paling suka style nasik lemak bungkus dengan daun pisang tuh

memang sedap. aroma daun pisang menyerap ke nasi panas tuh. hehe

ni plak ada jugak nasi pulut kuning

adik aku yang belasah. aku tengok adjer. hehe

aku rasa sket memang sedap woooo. tapi still x leh lawan dengan nasi lemak la

so adik aku jela yang belasah pulut kuning neh

tak lengkap kan kalau singgah kopitiam kalau tak order telur 1/2 masak

kat sini semua telur kampung beb !

aku pun x sure camner la rupa telur kampung compared dengan telur bandar

hehe ada beza ke ek ?

aku rasa mcm sama je. haha

ni dia panggil french toast

hengatkan french toast ada mentega kacang kat dalam

sekali kena makan dengan kaya daaaaa

hehe itu kaya homemade ok. pd style. hehe

memang best wooooo takde la rasa boring mcm kaya dalam tin tuh

roti pun akur rasa sedap ya amat sebab garing. hehe i like !

ni la main dish hari tuh nasi lemak

simple je beb ada sambal dengan telur goreng seciput je

hehe tapi rasa memang best la

aku suka la dengan sambal dia yang pedas. tapi sedap !

dah lama aku tak makan nasi lemak dengan daun pisang neh

kalau kat kl asyik dengan plastik ngan kertas minyak je kan. hehe

teringat dengan suasana kampung dulu2 hehe

nampak mcm sikit je kan. tuh yang kitaorang belasah sampai 2 bungkus

hehe memang sedap la. aku rasa nasi lemak neh bukan kedai neh yg buat

rasanya diaorang contract out kat sapa2 neh. hehe

memandai2 je aku buat assumptions kan. haha

amacam ok tak orientation gambar yang sungguh cool camni

letak sket nasi lemak sebelah cawan kopi and then snap gambar

hehe rendahkan camera anda sket nak capture low angle ya

hehe sure cun nyer gambar kan.

angle kena betul and then cool siot !

hah ! tu la gambar pak lang

pak lang neh kalau tak silap aku kelasi kapal

kapal yang mana aku tak sure la plak kan

tapi aku perasan tak nampak plak kelibat pak lang neh kat kedai masa aku dok sibuk mentekedarah kan. hehe

nasi lemak yang aku cakap tadi

cantik je tersusun kat atas meja korang

siapa yang boleh resist beb !

nasi lemak daun pisang some more ok !

memang menggiurkan lah. hehe apa lagi !

neh antara menu yang ada kat sini

aku memang recommend la korang datang sini

kalau singgah teluk kemang jangan lupa singgah kat sini

dia dalam town sket la. depan sket daripada stesen bas pd

hehe sure terangkat la kalau pekena kopi dengan nasi lemak !

hehe so bila lagi korang nak singgah sini ek ?

aku kalau dok lepak2 ngan adik aku kat poli pd sure akan datang lagi

hehe kopi pun best gak

aku siap order kopi ais lagi beb !

so jemputlah ke pak lang kopitiam kat pd ya !


#copy from blog http://makanmalaya.com