Friday, July 23, 2010

KENTANG MENTEGA



Kentang Mentega

BAHAN-BAHAN:

8 biji kentang
2 ulas bawang putih (ketuk)
5 biji lobak jejari
60 ml jus lemon
4 tangkai daun thyme (cincang)
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak zaitun
4 ketul kepak ayam
200 gm kacang sepat
30 gm mentega
Garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masukkan jus lemon, thyme, madu dan minyak zaitun di dalam mangkuk. Masukkan ayam dan tambahkan garam secukup rasa. Gaulkan dan perapkan seketika.
2. Sementara itu rebus atau kukus kentang dengan sedikit garam sehingga empuk.
3. Panaskan sedikit minyak dan masak ayam yang diperap tadi mengunakan kuali leper. Masukkan daun thyme dan reneh seketika sehingga ayam masak. Angkat dan asingkan.
4. Selepas itu, kukuskan kacang sepat. Kentang yang telah empuk dipotong baji (wedges) atau dadu dan gaulkan dengan mentega dan bawang putih.
5. Hidangkan kentang dengan ayam, kacang sepat dan hirisan lemon.

BERGEDIL KENTANG PEDAS



Bergedil  Kentang Pedas

BAHAN-BAHAN:

500 gm kentang
1 biji bawang besar (cincang)
2 tangkai cili merah (cincang)
2 sudu besar daun ketumbar (cincang)
1 sudu besar daun bawang (cincang)
1 sudu kecil serbuk cili
2 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil jintan putih
2 biji telur
Sedikit serbuk roti
Minyak sapi untuk menumis
Garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Rebus kentang bersama dengan kulitnya. Setelah empuk, lecekkan. Kemudian gaulkan dengan bawang, cili merah, daun ketumbar, daun bawang, serbuk cili, serbuk kari, jintan putih dan tambahkan garam secukup rasa. Gaulkan sebati.
2. Kemudian bulatkan adunan dan leperkan dengan tangan. Celupkan dengan bancuhan telur dan serbuk roti. Panaskan minyak sapi dan masak di dalam kuali leper sehingga masak.

SAMBAL CILI HIJAU



Sambal Cili Hijau
BAHAN-BAHAN:

9 tangkai cili hijau (kisar)
2 papan petai
1 labu bawang besar
1 sudu besar cuka
Garam dan gula
1 keping isi ikan tenggiri masin (goreng)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar hingga layu.
2. Kemudian tuangkan cili hijau kisar, dan bubuhkan cuka, garam dan gula.
3. Masukkan petai dan isi ikan masin. Tumis sehingga cili masak.

TAUHU GORENG TAUCU

Tauhu Goreng  Taucu

BAHAN-BAHAN:

4 biji tauhu
1 labu bawang besar (kisar)
5 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
3 cm halia (kisar)
5 tangkai cili api (kisar)
5 tangkai cili merah (kisar)
3 sudu besar taucu
1 sudu besar air asam jawa
4 sudu besar minyak masak
Garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN:

1. Goreng tauhu dan potong empat. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar hingga garing. Kemudian masukkan taucu dan air asam jawa.
3. Masukkan tauhu dan selepas itu bubuh garam dan gula secukup rasa.

ACAR TAUHU SRI DESA



Acar Tauhu Sri  Desa

BAHAN-BAHAN:

4 biji tauhu
5 ulas bawang merah (mayang)
5 ulas bawang putih (mayang)
5 tangkai cili merah (kisar kasar)
4 tangkai kacang panjang (potong)
1 batang lobak merah (potong)
1/2 biji nanas (potong kecil)
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar air asam jawa
6 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

1. Goreng tauhu kemudian potong empat. Ketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah hingga setengah garing. Kemudian masukkan serbuk kunyit dan gaul rata.
3. Selepas itu masukkan kacang panjang, lobak merah, nenas dan air asam jawa dan biarkan hingga setengah masak. Masukkan garam dan gula. Biarkan ia masak.
4. Hiaskan tauhu yang telah digoreng, cucuk ia dengan menggunakan lidi. Tauhu ini bolehlah dimakan bersama kuah yang dimasak tadi.

TAUHU GORENG DAUN KARI



Tauhu Goreng Daun Kari

BAHAN-BAHAN:

4 biji tauhu
50 gm cili kering
5 gm daun kari
5 ulas bawang merah (hiris)
1 sudu kecil halba campur
2 sudu besar serbuk kari ikan
4 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:

1. Goreng tauhu kemudian potong empat. Ketepikan.
2. Tumis bawang merah kemudian masukkan halba campur, cili kering dan daun kari.
3. Kemudian masukkan serbuk kunyit serta serbuk kari ikan dan tumis hingga naik minyak.
4. Masukkan tauhu dan garam dan gaul rata.

BAYAM DADAR





Bahan-bahan:

1 pokok bayam - ambil daunnya sahaja
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1/2 sudu kecil serbuk pala
2 biji telur
2 sudu besar susu segar - disatukan
1/2 cawan air
Secubit garam
Acuan gegelang untuk menggoreng
1/2 cawan minyak
50 gm mentega

Cara Menyediakan:

1. Celur daun bayam hingga lembut dan tuskan.
2. Panaskan minyak dan goreng bawang besar. Pindahkan bawang ke dalam mangkuk kemudian masukkan daun bayam, serbuk pala, garam, telur dan bancuhan susu segar. Kacau hingga rata.
3. Letakkan acuan gegelang ke atas kuali leper dan masukkan sedikit mentega ke dalamnya.
4. Dengan api sederhana, tuangkan sesenduk adunan telur ke dalam acuan gegelang tadi. Masak sehingga garing sedikit baru dikeluarkan daripada gegelang dan terbalikkan. Goreng lagi hingga masak baru diangkat.
5. Ulang sehingga habis kesemua adunan telur dan hidangkan panas-panas bersama sos cili.

No comments:

Post a Comment