Thursday, July 15, 2010

Ketam Masak Lemak Cili Padi


Bahan-Bahan:


ketam 1kg
serai 3 batang, dititik
daun kunyit 2 helai
garam 2 sudu teh/secukup rasa
gula 1 sudu teh/secukup rasa
asam keping 2 keping
lengkuas 3 cm, ditumbuk sedikit
santan pekat 300ml
air satu gelas

Bahan-bahan untuk dikisar:


bawang merah 10 ulas
bawang putih 4 ulas
halia 2cm
kunyit hidup 4cm
cili padi 20 biji


Cara:
Bersihkan ketam dan belah kepada 2 bahagian.Campurkan kesemua bahan-bahan (kecuali ketam) ke dalam periuk dan kacau perlahan-lahan secara berterusan sehingga mendidih. Masukkan ketam. Tutup api setelah ketam masak.

Tambahan:
Jangan masak ketam terlalu lama kerana menyebabkan isi ketam keras dan rasa manis isinya akan hilang.

No comments:

Post a Comment