Friday, July 16, 2010

Biskut Raya

Biskut Semperit Kasih

Biskut  Semperit Kasih
Biskut Semperit Kasih

BAHAN-BAHAN:

250 gm mentega

125 gm gula aising

1 biji telur

280 gm tepung kastard

2 sudu besar tepung jagung

1/2 sudu serbuk penaik

100 gm kismis

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.

3. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik, kismis dan garam ke dalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.

4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan.

5. Terapkan di atas dulang pem­bakar dan bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit.

Biskut Love

Biskut Love

BAHAN A:
135 gm mentega
65 gm gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
/2 sudu kecil pes coklat

BAHAN B:
225 gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil emplek

BAHAN C:
Gajus secukupnya
Coklat putih secukupnya
Gula hiasan
Mangkuk kertas

CARA MENYEDIAKAN:
1. Putar bahan A sehingga kembang.
2. Masukkan bahan B gaul sehingga menjadi doh.
3. Ambil sedikit adunan, letakkan sebiji gajus dan bulatkan.
4. Bakar dan biarkan sejuk. Kemudian hiaskan.

Biskut Mentega Kacang

Biskut  Mentega Kacang

Biskut Mentega Kacang

BAHAN-BAHAN:

1/2 cawan mentega tanpa garam

3/4 cawan mentega kacang

1 cawan gula merah

1 biji telur gred A

1/2 sudu kecil vanila

1 cawan tepung gandum

3/4 sudu soda bikarbonat

Coklat dan coklat urai sebagai hiasan

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan oven 1800C dan siapkan dulang pembakar.

2. Krimkan mentega, mentega kacang dan gula. Tambahkan telur dan vanila. Putar dengan kelajuan sederhana. A

3. Ayak tepung bersama baking soda. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan mentega.

4. Buat bentuk yang disukai. Bakar dan sejukkan.

5.Cairkan coklat, celupkan sebahagian dari biskut dan taburkan coklat urai di atasnya.




Kisah Rabiatul Adawiyah | Tokoh, Usahawan ISLAM berjaya


Kisah Rabiatul Adawiyah | Rahsia , Al-Islam, Muslim, Sejarah,  Ceramah ISLAM
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.

"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki.
Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : "Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"

"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.

"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.

"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.

Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa usiamu sekarang?"

Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"

"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya beliau lagi.

"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.

"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul Adawiyah.

"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai
tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.

sumber : pelbagai sumber dari internet dan email



Salam..

Sharing is caring…

Malaikat Kecil – Tapi Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga� dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia�. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?�. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini�. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak�.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?�

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..�. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?�. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati� .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.
Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?�.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya� .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu� .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?�.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya�. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik�. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga� yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil� itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil� itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.
Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

Pencuci Mulut


|



Bahan-bahan:

410 ml (1 tin) susu sejat
820 ml air
180 gm gula pasir
200 gm suji
10 biji buah pelaga - pecahkan
50 gm badam hiris
50 gm kismis hitam
3 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu kecil garam

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak sapi dan goreng kismis serta badam hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

2. Masukkan air, gula serta pelaga ke dalam lebihan minyak tadi, biarkan hingga mendidih dan gula hancur.

3. Masukkan pula suji, kacau hingga pekat lalu campurkan badam serta kismis, tinggalkan sedikit untuk hiasan.

4. Tuangkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil, hias dengan badam serta kismis.


Puding Pelangi Ayu














Bahan-bahan:

20 gm agar-agar - direndam semalaman
8 cawan air
2 cawan gula pasir
1/2 tin susu cair (1 cawan)
5 biji kuning telur
3 biji putih telur - dipukul 3 minit
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil vanila
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

Bahan-bahan B:

1 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil esen kopi - dicampur dengan coklat emulco
1 sudu kecil esen strawberi - ditambah pewarna ros

Cara Menyediakan:

1. Rebus agar-agar hingga hancur, kemudian masukkan gula. Apabila larut, tapis.

2. Pukul kuning telur, tepung jagung, kastard, sus, garam dan vanila.

3. Masukkan ke dalam agar-agar, kemudian campurkan mentega dan tutup api. Masukkan putih telur dan kacau hingga hancur dan sebati.

4. Bahagikan kepada tiga bahagian; satu bahagian dibiarkan warna asal, sebahagian lagi diwarnakan dengan coklat emulco dan esen kopi, manakala satu lagi dengan esen strawberi dan pewarna ros.

5. Tuangkan ke dalam acuan berselang-seli antara ketiga-tiga warna. (Biarkan setiap tuangan sedikit mengeras sebelum tuangan seterusnya

Tat Keju Blueberry














Bahan Pastri:

300 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
180 gm gula aising
1 biji telur

Bahan-bahan Inti Keju:

250 gm keju krim
40 gm gula aising
20 gm mentega
1 biji telur
3 sudu besar krim putar (jika suka)
250 gm blueberry dalam tin

Cara Menyediakan:

1. Ayak tepung gandum bersama susu tepung dan gula aising.

2. Satukan mentega dengan bahan tepung dan gaul ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.

3. Masukkan telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut sebelum didinginkan dalam peti sejuk selama 20 minit.

4. Canai doh setebal 1/2 cm sebelum diterap dengan acuan bulat yang bergerigi.

5. Doh yang diterap dimasukkan dalam acuan tat dan tekan sebelum dibakar selama 15-20 minit dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 180 darjah Celsius. Biar sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

6. Adunkan keju, gula aising dan mentega hingga berkrim. Masukkan telur dan krim putar dan kacau hingga sebati.

7. Masukkan sedikit blueberry ke dalam kulit tat, kemudian tuangkan inti keju hingga penuh.

8. Paipkan sedikit blueberry ke atas inti keju sebelum sebelum membentuk corak dengan lidi.

9. Bakar 8 - 10 minit dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius. Setelah masak, keluarkan tat dan masukkan ke dalam cawan kertas. Dinginkan dalam peti sejuk.















Bahan-bahan:

60gm tepung kastard
40gm gula halus
700gm susu cair
100gm isi durian

Cara Menyediakan:

1. Campurkan tepung kastard dengan gula dan susu cair kemudian kacau hingga sebati sebelum dimasak dalam ketuhar gelombang mikro selama lapan minit pada tahap High. Kacau dua kali.

2. Keluarkan dan masukkan isi durian. Kacau hingga rata dan masukkan semula ke dalam ketuhar dan masak pada tahap High selama tiga minit lagi.

3. Keluarkan dan tuang ke dalam loyang atau gelas koktel dan biarkan beku dalam peti sejuk.

Puding Mangga Aneka












Bahan-bahan:

1 liter air
10 gm agar-agar
150 gm gula
100 gm puri mangga
100 gm buah-buahan campuran dalam tin

Cara Menyediakan:

1. Didihkan air bersama agar-agar sampai larut. Masukkan gula dan puri mangga.

2. Kacau hingga sebati, tuangkan ke dalam loyang berbentuk bulat.

3. Setelah keras, hias dengan strawberi dan buah kiwi.


Puding Pisang











BAHAN LAPISAN KEK:

1 biji kek swissroll | potong lapan
15 gm agar-agar serbuk
2 cawan air

BAHAN LAPISAN PISANG:

3 biji pisang montel | hiris
20 gm agar-agar serbuk
4 sudu besar tepung kastad
1 cawan gula
3 cawan susu segar
3 biji kuning telur

BAHAN LAPISAN BAWAH:

15 gm agar-agar serbuk
2 cawan santan
Sedikit pewarna kuning

CARA MENYEDIAKAN:

1. Kita sediakan lapisan kek dulu. Potong swiss roll dan susun di bahagian bawah loyang.

2. Satukan agar-agar dan air. Didihkan hingga larut. Tuang ke atas swiss roll. Biarkan mengeras.













Warna warni kehidupan di pejabat



-Ada
lelaki & ada wanita
-
Ada yang pura2 rajin & ada yang bersantai
-
Ada yang pengampu & ada yang pak turut

-
Ada yang main games & yang tidur

- Ada yang
suka marah2 & yang stress

- Ada yang
suka gosip & yang suka jalan2

- Ada yang suka
merosakkan harta pejabat & ada yang suka
ulang alik ambil minum


- Ada
pujian & makian
- Ada
yang ceria & yang boring
-Tapi katanya "We're a team"

-So be fun
, enjoy your time , your work & achieve the best


APA PUN JUA PERBUATAN, INGAT!!!!! KERJA ITU SATU IBADAH, ASAL JANGAN MEROSAKKAN PERIUK NASI ORANG LAIN DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI..... ....
SELAMAT BERTUGAS!!!

Thursday, July 15, 2010

Surah Al-Kautsar


ه تاكربو ﷲا تمحرو مکيلع مﻼسلا



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu
dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika
menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi
dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar-sebarkan kepada kawan-kawan, terima kasih.



Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...


Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.

Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. . ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.... .
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...

di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....

anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...<>Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti... .
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,


SUARA YANG DIDENGAR MAYAT



Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;

1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.


Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad
...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
·
- Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
·
- Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
·
- Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
·
- Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan
....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
·
- Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
·
- Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
·
- Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
·
- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'

Ketika Mayat Siap Dikafan
...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan
·
- Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
·
- Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
·
- Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
·
- Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
·
- Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'

Ketika MayatDiusung.
..... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
·
- Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
·
- Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
·
- Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'

Ketika Mayat Siap Disholatkan
....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
·
- Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
·
- Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
·
- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat
...... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
·
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...

·
- Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
·
- Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
·
- Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian...
... Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... .
·
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
·
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
·
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
·
Mereka Pergi Meninggalkanmu. .... Seorang Diri
·
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
·
Hari Ini,....
·
Akan Kutunjukan Kepadamu
·
Kasih Sayang-Ku
·
Yang Akan Takjub Seisi Alam
·
Aku Akan Menyayangimu
·
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman
, 'Wahai Jiwa Yang Tenang
·
Kembalilah Kepada Tuhanmu
·
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
·
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
·
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'

Anda Ingin Beramal Soleh ?
Tolong kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW.... menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda 'wakafa bi almauti wa'idha', ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....

Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.
Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.


Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???

Sebarkan e-mail dakwah ini ke 5 orang terdekat Anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Cukup lima saja! Ini bukan surat ancaman berantai. Yang jelas jika Anda tidak meneruskan e-mail ini, maka Anda telah menyia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal shalih. Jika Anda lakukan dengan ikhlas insya Allah Anda akan menuai kebaikan. Mari berlumba dalam kebaikan.