Sunday, July 25, 2010

Flower Power

Sebelum...

Tiga orang gadis muda yang tinggal di apartment ini telah cuba mengundang keceriaan pada ruang tamu ini melalui rawatan cat dan stensil. Rawatan stensil yang keterlaluan terutamanya buat ruang tamu nyata tidak bersesuaian.


Selepasnya...


Dalam sebuah gaya minima kerana saiz yang kecil, ruang ini berjaya ditransformasikan dengan elemen-elemen bunga dan warna yang dapat memberikan unsur keceriaan yang dicari.


Dinding bertentangan diberi rawatan tona neutral untuk melapangkan ruang sempit ini. Seterusnya dinding sliding door dijadikan fokus dengan penyertaan warna unggu tua dari rangkaian Cat ICI Dulux. Lantai laminated dari Pergo [edaran Floor Biz] dari tona warna warna keputihan juga memainkan peranan dalam memberikan ilusi ruang yang lapang.

Lampu slick moden keluli dari koleksi terbaru Lightcraft nampak cukup bergaya di sudut kanan dan dinding bertentangan. Lampu-lampu halogen bukan saja memberikan pencahayaan yang bersesuaian malah berfungsi sebagai deko yang menarik kerana gaya dan potogannya.


Pilihan langsir sheer putih dengan motif bunga-bunga kecil dari Kamdar bertepatan dengan tema utama flower power yang manis buat gadis-gadis ini.

Urban Glamour

Sebelum...

Ruang tamu apartment kecil ini mempunyai beberapa “"challenge"” hiasan yang harus diselesaikan sambil memberi sebuah wajah baru yang “"impressive"”.


Selepasnya...

Konsep pilihan, “urban glamour” sesuai buat sebuah ruang kediaman yang kecil ini dan praktikal bagigaya hidup di kota.


Tema warna cokelat dipilih sebagai latar ruang dengan rawatan warna [ICI Dulux] cokelat tua pada feature wall dan cokelat lebih neutral pada non feature wall. Hasilnya dinding yang kemas, lengkap dengan “"depth"” yang sesuai untuk menghasilkan sebuah ruang yang stylish.

Seterusnya lantai jubin ditutupi dan ditukar dengan laminasi Pergo [tajaan Floor Biz] dari rangkaian Pergo Original-Birch Plank. Koleksi ini lebih sesuai dengan tona yang lebih muda untuk penataan moden yang bersih.

Koleksi perabot dari Homelife kali ini merupakan siri perabot lengkap yang terdiri dari Barcelona Chair [2 seater +1 seater] berwarna hitam yang menambahkan lagi identiti gaya urban glamour. Meja kopi[Kyo] venge dan cabinet TV[Qing] melengkapkan ruang dengan gaya eksklusif yang dicari.

Sliding door ruang ini yang mempunyai ruang kosong di kiri, kanan dan di bahagian atas diberi solusi day curtain sheer putih dan night curtain dalam warna gelap dan tompok oren yang glamourous dari koleksi SSF Curtain. Ruang kosong kecil di kiri dan kanan pula di beri pancaran spotlight di sebalik langsir. Sebuah penataan yang kemas menggantikan clutter lama.


Kedua-dua belah dinding bertentangan diberi rawatan wall deko dengan picture frame dari Home Artistry. Pilihan teliti gambar dan frame silver matte amat penting untuk memastikan hiasan dinding bersebati dengan hiasan keseluruhan. Sepasang bantal besar dari SSF Curtain ditempah dari material langsir sebagai tempat duduk tambahan atau floor cushion.

Glorious Green

Sebelum...

3 orang kanak-kanak, telah meminta Casa Impian menukar ruang tamu lama flat keluarga mereka kepada sebuah raung tamu yang “bes” lengkap dengan sofa yang selesa dan penataan yang bergaya.



Selepasnya...

Krew Casa Impian dan Eric Leong menyeru perminataan peminat muda Casa Impian ini dengan sentuhan yang “fresh” serasi dengan trend masa kini.

Jika hijau warna kesukaan anda, ruang ini adalah model atau contoh terbaik untuk anda.


Mula-mula, warna dinding yang putih pudar dihidupkan dengan feature wall hijau yang terang. Warna drastik ini menjadi fokus asas bagi ruang yang memerlukan kelainan.

Solusi lantai Pergo dengan tona cokelat menggantikan tikar lama dan berfungsi sebagai permukaan yang selesa bagi anak-anak ini berbaring di atas lantai.

Seterusnya, impian untuk mendapatkan tempat duduk yang selesa tercapai dengan sebuah sofa 3 seater yang cukup lembut bertona hijau lembut.

Langkah seterusnya, pencahayaan yang betul diberi melalui lampu-lampu “warm lighting” untuk membangkitkan mood menggantikan cahaya putih florescent yang “flat”.


Tempat duduk tambahan dimasukkan dengan menyertakan kerusi kayu jati yang sedia ada di ruang ini. Penempatan yang strategik menjamin penataan yang anggun. Perabot jati ditambah seri dengan sepasang kusyen kecil.

Sentuhan lembut ditambahkan melalui langsir kain sutera berwarna beige muda dengan corak keemasan sebagai dekorasi tingkap, langsir sheer putih off white menambahkan lagi kelembutan di kawasan tingkap

Designer Dining

Sebelum...

"Walaupun saya masak sedap-sedap, mereka semua tak suka duduk makan di ruang makan ini,…tolonglah Casa Impian" kata Siti Aishah meminta Casa Impian mentransformasikan ruang makan keluarganya yang pudar tanpa "excitement" dekorasi.



Selepasnya...

Transfomasinya, sebuah sentuhan lengkap dengan dekorasi berinovasi buat meja makan. Keceriaan dan gaya moden dipraktikkan melalui ciptaan dinding fokus, penyembunyian sinki di sebalik langsir sheer, pencahayaan yang menyinar dalam tona elegan dan pilihan perabot [meja makan/kerusi dan console].

Motif pada dinding fokus dilanjutkan ke dinding bersebelahan melalui jubin bercorak yang juga boleh diframekan sebagai siri 3 buah frame yang digantungkan.


Meja dan kerusi makan dipilih dari siri bergaris lurus /simple lines yang bukan sahaja selesa malah tona cokelat muda memberikan gaya slick yang sesuai untuk ruang makan moden.

Lantai jubin putih digantikan dengan lamianted flooring untuk keselesaan dan juga warna yang tona muda yang bersebati tanpa percanggahan warna dengan meja dan kerusi makan.


Lampu-lampu moden dalam geometri bersegi disertakan pada dinding bersama lampu meja dan lantai sebagai pencahayaan tambahan.

Sebuah ruang makan yang classy dalam gaya moden tanpa komplikasi dicipta dalam kesegaran baru bersesuaian buat fungsi ruang ini.

Mediterranean Dream

Gaya Mediterranean yang baru diperkenalkan dalam siri Casa Impian, ditujukan buat ruang tamu ini yang dahagakan sebuah kelainan. Si suami yang kebuntuan idea dan si isteri yang tiada masa untuk berdekorasibakal dibawa ke dimensi baru.



Selepasnya...

Transfomasinya, sebuah ruang yang bertukar dimensi ke alam gaya mediterranean yang bold dan menonjol tanpa mengabaikan keselesaan dan mood cozy.

Perkara pertama dalam senarai pengubahsuaian, warna dinding utama diberi rawatan warna oren yang sinonim dengan "boldness" [juga merupakan warna kesukaan tuan rumah]


Next step, sliding door yang massive dihiaskan dengan sheer curtain yang transparent dengan kilauan warna kejinggaan, menggantikan langsir kain tebal yang membosankan. Sheer curtain baru berfungsi sebagai reflexi yang serasi buat dinding.

Lantai jubin putih menerima rawatan kayu laminasi yang bertona kayu dengan kombinasi corak pada lantai melalui penyertaan kayu bertona lebih tua.


Sofa berwarna neutral memberikan kontras yang dicari. Simplisiti design sofa dikomplimenkan dengan wall mirrow yang oversize dengan ukiran bergeometri disekelilinnya.

Mediterranean Dream kini berdansa dalam ruang interior dan ruang hidup pasangan muda ini.


Strictly English

Sebelum...

Dalam episode ini, Pengubahsuaian Casa Impian bermula di sebuah ruang tamu yang mengalami dilema "miss-match" di mana gaya perabot, warna dinding, warna permaidani, deko dan sebagainya tidak berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan sebuah gaya sedap dipandang mata.



Selepasnya...

Transformasinya sebuah ruang tamu yang peka kepada konsentrasi gaya English yang memastikan keselesaan melalui tona warna yang " rich" tanpa bercampur aduk dan tidak bercanggah dari latar yang sama, dikomplimenkan dengan perabot dan aksesori ayu yang menitikberatkan keselesaan.

Tanpa keterlaluan sebuah sofa yang "luxurious" dan Ottoman (sebagai meja kopi) dijadikan fokus di atas reflexsi lantai bercorak/"berdesign" dan latar kertas dinding bertona keemasan.


Mood cozy dalam gaya English yang kaya dihasilkan melalui pencahayaan lembut dan aksesori lampu "Classical English".

Kemewahan kertas dinding dilanjutkan ke dinding lain tetapi dalam warna beige yang kurang dominasinya.

Dapur Kecil Warna Ungu Menawan

Desain Interior Dapur Kecil Warna Ungu Menawan


Pada dapur eksisting telah ada aplikasi material keramik ungu pink. Menyesuaikan dengan warna yang suda ada, maka kitchen set dan storage menggunakan cat duco warna ungu yang senada dengan warna keramik. Handle pada storage dengan aluminiun yang difinish dengan chrome. Sebagai pemanis, di atas keramik, di antara jendela, diberi susunan ambalan untuk tempat toples. Pemakaian roller blind pada jendela memberi kesan simple dan modern

Ruang Tamu Kecil yang Sejuk Ceria

Desain-Interior-Ruang-Tamu-Kecil.jpg
Ruang tamu merupakan ruangan yang pertama kali dilihat oleh tamu kita, yang mana desain interior ruang tamu tersebut dapat menjadi penilaian pertama seorang tamu akan kepribadian dari seorang tuan rumah, kami berikan sebuah desain ruang tamu kecil yang sejuk ceria dengan motif sofa seperti kulit zebra dengan warna kombinasi kuning dan putih serta kami tambahkan rak dinding zigzag modern serta beberapa tanaman hijau sehingga menambah kesejukan di ruang tamu kita

Kamar Tidur Kecil Warna Pink


(klik pada gambar untuk memperbesar)

Warna pink sangat dominan pada desain kamar tidur kecil ini. Hampir semua elemen ruangan ini dipadukan dengan warna pink. Hal ini terlihat pada desain tempat tidur, desain lemari, kursi dan juga dekorasi dinding.Untuk desain tempat tidur , lemari dan meja menggunakan material kayu partikel yang difinishing dengan cat duco warna pink dan putih, sedangkan untuk dekorasi dindingnya menggunakan wallcover warna dasar pink motif bunga. Sengaja warna pink menjadi pilihan disini dikarenakan memang kamar tidur ini diperuntukan bagi kaum wanita. Kamar tidur ini memiliki ukuran ruangan 3 x 2,75 m

Deco Kamar Tidur Kecil Full Color


Desain Interior Kamar Tidur Kecil Full Color

Desain Interior kamar tidur diatas memiliki ukuran 2,75 x 3 m. Terdapat tempat tidur unik dengan dekorasi yang lucu serta meja belajar kecil yang berfungsi untuk menempatkan komputer anda. Terdapat pula rak buku kecil yang menempel pada salah satu sisi dinding tempat tidur ini dan ditempatkan di depan meja belajar supaya mudah dijangkau ketika kita sedang berada di meja belajar. Untuk lemari ditempatkan di bahagian belakang meja belajar dan tak ketinggalan pula lukisan bertexteru garis warna-warni ditempatkan selaras dengan tempat tidur sehingga menciptakan suasana energik dan ceria pada tempat tidur ini.