Sunday, July 25, 2010

Flower Power

Sebelum...

Tiga orang gadis muda yang tinggal di apartment ini telah cuba mengundang keceriaan pada ruang tamu ini melalui rawatan cat dan stensil. Rawatan stensil yang keterlaluan terutamanya buat ruang tamu nyata tidak bersesuaian.


Selepasnya...


Dalam sebuah gaya minima kerana saiz yang kecil, ruang ini berjaya ditransformasikan dengan elemen-elemen bunga dan warna yang dapat memberikan unsur keceriaan yang dicari.


Dinding bertentangan diberi rawatan tona neutral untuk melapangkan ruang sempit ini. Seterusnya dinding sliding door dijadikan fokus dengan penyertaan warna unggu tua dari rangkaian Cat ICI Dulux. Lantai laminated dari Pergo [edaran Floor Biz] dari tona warna warna keputihan juga memainkan peranan dalam memberikan ilusi ruang yang lapang.

Lampu slick moden keluli dari koleksi terbaru Lightcraft nampak cukup bergaya di sudut kanan dan dinding bertentangan. Lampu-lampu halogen bukan saja memberikan pencahayaan yang bersesuaian malah berfungsi sebagai deko yang menarik kerana gaya dan potogannya.


Pilihan langsir sheer putih dengan motif bunga-bunga kecil dari Kamdar bertepatan dengan tema utama flower power yang manis buat gadis-gadis ini.

No comments:

Post a Comment