Sunday, July 25, 2010

Designer Dining

Sebelum...

"Walaupun saya masak sedap-sedap, mereka semua tak suka duduk makan di ruang makan ini,…tolonglah Casa Impian" kata Siti Aishah meminta Casa Impian mentransformasikan ruang makan keluarganya yang pudar tanpa "excitement" dekorasi.



Selepasnya...

Transfomasinya, sebuah sentuhan lengkap dengan dekorasi berinovasi buat meja makan. Keceriaan dan gaya moden dipraktikkan melalui ciptaan dinding fokus, penyembunyian sinki di sebalik langsir sheer, pencahayaan yang menyinar dalam tona elegan dan pilihan perabot [meja makan/kerusi dan console].

Motif pada dinding fokus dilanjutkan ke dinding bersebelahan melalui jubin bercorak yang juga boleh diframekan sebagai siri 3 buah frame yang digantungkan.


Meja dan kerusi makan dipilih dari siri bergaris lurus /simple lines yang bukan sahaja selesa malah tona cokelat muda memberikan gaya slick yang sesuai untuk ruang makan moden.

Lantai jubin putih digantikan dengan lamianted flooring untuk keselesaan dan juga warna yang tona muda yang bersebati tanpa percanggahan warna dengan meja dan kerusi makan.


Lampu-lampu moden dalam geometri bersegi disertakan pada dinding bersama lampu meja dan lantai sebagai pencahayaan tambahan.

Sebuah ruang makan yang classy dalam gaya moden tanpa komplikasi dicipta dalam kesegaran baru bersesuaian buat fungsi ruang ini.

No comments:

Post a Comment