Sunday, July 25, 2010

Agar-Agar Roti


Bahan-Bahan(12 biji acuan pudding)

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 tin susu cair (170ml)
  • 8gram serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air

Cara Memasak

  1. Didihkan air,serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Putar roti,telur,susu pekat dan susu cair. Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai agak-agak.
  4. Tuang dalam acuan. Bleh letak pewarna apa-apa di atas dan lorek-lorekan dgn lidi.
  5. Masukkan peti ais beberapa jam sebelum makan.

Tart Kastad


Bahan-Bahan(satu acuan besar saya guna acuan pai)

PASTRI RAPUH:

  • 2-3 sdb susu segar
  • 250gm tepung gandum
  • 1 sdb gula castor
  • 1 biji telo
  • 125gm mentega sejuk(potong kecil2)
  • sedikit garam

KASTAD FILLING:
  • 500ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 50gm tepung kastad
  • 100gm gula castor
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • kismis hitam(optional)

Cara Memasak

  1. satukan tepung dan garam...(ayak)
  2. gaul mentega bersama adunan tepung hingga sebati...
  3. masukkan telur,gula,dan susu...adun hingga adunan lembut...
  4. rehatkan adunan selama 30 min..then terapkan mengikut acuan yg dikehendaki...
  5. bakar separuh masak..ketepikan dahulu...
CARA MEMBUAT KASTAD FILLING:
  1. Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga sebati...
  2. masak di atas api yg perlahan hingga agak pekat...
  3. kemudian tuang kedalam pastri tadi...dan taburkan dengan kismis hitam...
  4. bakar sekali lagi pada suhu 160 'c hingga masak...

Pancake



Bahan-Bahan(10 - 12 biji)

  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 2 biji telur - telur kuning dan telur putih diasingkan
  • 1 cawan susu segar
  • 25 g butter, dicairkan
  • Madu

Cara Memasak

  1. Campur tepung, baking powder dan gula di dalam sebiji mangkuk.
  2. Pukul telur kuning, susu segar dan butter di dalam mangkuk asing.
  3. Masukkan adunan telur ke dalam bahan-bahan kering tadi.
  4. Di dalam mangkuk asing, pukul telur putih dgn secubit garam sehingga adunan kembang dan bertanduk. Kemudian, masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga sebati.
  5. Panaskan kuali dgn sedikit butter. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali. Tidak perlu meratakan adunan ke seluruh kuali.
  6. Alihkan pancake supaya masak kedua2 belah. Pastikan kuali tidak terlalu panas atau pancake akan rentung.
  7. Hidangkan di dalam piring. Enak dimakan bersama madu atau maple sirap atau whipped cream.

Pannacotta Gula Melaka


Bahan-Bahan(4 - 5 orang)

  • 1/2(100ml) cawan susu segar
  • 1(200ml) cawan fresh cream
  • 20g gula melaka
  • 7g gelatin powder + 1/4cwn(50ml) air
  • *Sirap*
  • 40g gula melaka
  • 1/4(50ml) cawan air

Cara Memasak

  1. Masukkan susu segar, fresh cream dan gula melaka ke dalam periuk. Sambil dikacau panaskan sehingga nampak mendidih. Kemudian tutupkan api.
  2. Masukkan pula gelatin yang telah dicampur dengan air. Kacau sehingga gelatin hancur.
  3. Sejukkan periuk ke dalam bekas yang mengandungi ketulan ais dan air sambil dikacau sehingga sejuk.
  4. Masukkan ke dalam acuan yang sesuai, sejukkan selama 1 jam.
  5. Untuk buat sirap pula. Masakkan gula melaka dengan 1/4 cawan air. Panas sehingga mendidih.
  6. Letakkan sirap ke atas pannacotta yang telah beku/ keras.

Lassi

Bahan-Bahan(2 orang)

  • 1 cawan plain yogurt
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar madu

Cara Memasak

  1. Campur yogurt dengan susu. Kacaukan. Kemudian masukkan pula susu dan madu. Kacau lagi.
  2. Masukkan campuran ke dalam gelas yang ada ais. Bolehlah diminum. Kalau nak sedap boleh juga tambah perisa seperti jus oren, lemon atau sebagainya.

Jus Kiwi

Bahan-Bahan(2 orang)

  • 1biji buah kiwi
  • 1/2gelas susu segar
  • 1 1/2gelas air masak
  • susu pekat/gula ikut kemanisan yg dikehendaki

Cara Memasak

  1. Blend kiwi dengan susu. Masukkan air masak dan tambah susu pekat/gula ikut kemanisan.
  2. Tuang ke dalam gelas dan masukkan ais kiub.

Choco Banana Smoothie

Bahan-Bahan

  • Pisang 1-2 biji bergantung kepada saiz pisang
  • Milo 3-4 sudu besar susu segar/ susu sejat 1 cawan
  • Gula (ikut suka)
  • Ais batu 7-8 ketul

Cara Memasak

  1. Masukan kesemua bahan ke dalam blender.
  2. Kisar hingga semuanya sebati dan ais tadi telah betul-betul hancur.
  3. Kemudian tuangkan ke dalam gelas dan sedia untuk di nikmati.
  4. Selamat mencuba!

Air Durian Belanda Citrus

Bahan-Bahan(4 - 6 orang)

  • 2 cawan isi durian belanda
  • 3 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • secukup air masak
  • 1 biji lemon - ambil jus atau hiris saja
  • ketulan ais secukup nya

Cara Memasak

  1. Isi durian belanda,gula dan 3 cwn air dimasak mendidih dan sejukkan.
  2. Ketika menghidang,bubuh seberapa banyak campuran durian belanda ke dalam jug dan campurkan secukup air masak,ketulan ais dan secukup jus atau hirisan lemon.Kacau sebati.

A Shade of Blue

Sebelum.....


Sebelum...

Ruang tamu tipikal & set sofa yang bulky dalam corak yang "busy" dan sebuah shelf display untuk tv/radio yang "crowded"... kesemuanya memberikan penataan yang melakarkan kebosanan.


Selepasnya...

Dekorasi "tasteful" dengan perabot minima telah diundang ke ruang ini untuk menggantikan gaya tipikal dengan gaya designer lantai Pergo [edaran Floor Biz] yang bertona cokelat muda dan dinding fokus biru segar dari ICI Dulux berfungsi sebagai asas gaya moden yang dicari.


Seterusnya sofa 3 seater dari koleksi Fella Design yang juga dalam tona muda disertakan dengan footstool sebagai coffee table untuk melengkapkan keperluan perabot. Perlu diperhati ruang tamu yang kecil sebegini tidak memerlukan set sofa yang lengkap. Malah lantai laminated yang selesa ini dapt dijadikan tempat duduk berlebihan jika diperlukan.

Highlight pada ruang ini ialah lampu siling ultra moden koleksi Lightcraft yang meyertakan elemen ekslusif pada ruang.

Flower Power

Sebelum...

Tiga orang gadis muda yang tinggal di apartment ini telah cuba mengundang keceriaan pada ruang tamu ini melalui rawatan cat dan stensil. Rawatan stensil yang keterlaluan terutamanya buat ruang tamu nyata tidak bersesuaian.


Selepasnya...


Dalam sebuah gaya minima kerana saiz yang kecil, ruang ini berjaya ditransformasikan dengan elemen-elemen bunga dan warna yang dapat memberikan unsur keceriaan yang dicari.


Dinding bertentangan diberi rawatan tona neutral untuk melapangkan ruang sempit ini. Seterusnya dinding sliding door dijadikan fokus dengan penyertaan warna unggu tua dari rangkaian Cat ICI Dulux. Lantai laminated dari Pergo [edaran Floor Biz] dari tona warna warna keputihan juga memainkan peranan dalam memberikan ilusi ruang yang lapang.

Lampu slick moden keluli dari koleksi terbaru Lightcraft nampak cukup bergaya di sudut kanan dan dinding bertentangan. Lampu-lampu halogen bukan saja memberikan pencahayaan yang bersesuaian malah berfungsi sebagai deko yang menarik kerana gaya dan potogannya.


Pilihan langsir sheer putih dengan motif bunga-bunga kecil dari Kamdar bertepatan dengan tema utama flower power yang manis buat gadis-gadis ini.