Wednesday, July 28, 2010

Kek Keju Coklat Cip


Image

BAHAN KEK KEJU:

400 ml krim putar

10 gm gula kastor

80 gm tepung jagung

80 gm mentega

7 biji putih telur (buat meringue)

7 biji kuning telur

2 buku krim keju (sebuku 250 gm)

200 gm coklat chip

1 sudu besar jus lemon

BAHAN COKLAT GANACHE:

500 gm coklat masak

250 ml krim putar

120 gm mentega

1 sudu kecil minyak jagung

CARA MENYEDIAKAN:

1. Terlebih dahulu pukul mentega, krim keju dan gula kastor hingga sebati.

2. Masukkan tepung jagung dan pukul rata.

3. Campurkan kuning telur satu persatu bersama krim putar serta satu sudu besar jus lemon. Pukul sebati.

4. Akhir sekali, masukkan putih telur yang telah dibuat meringue bersama chocolate chip dan balik-balikkan bersama adunan tersebut.

5. Masukkan ke dalam bekas yang telah disalut dengan kertas alumunium dan letakkan di atas dulang berisi air. Bakar di dalam oven bersuhu 1600C selama satu hingga satu jam 30 minit.

6. Sejukkan di dalam chiller semalaman sebelum dihias.

7. Untuk menyediakan ganache, cairkan coklat masak, mentega dan krim putar mengunakan kaedah water bath.

8. Kemudian masukkan sesudu minyak jagung dan gaul sebati. Biarkan semalaman di dalam chiller hingga pekat. Hiaskan kek keju tadi dengan coklat ganache tadi. Taburkan gula aising di atasnya.

#Kaedah merigue: Pukul putih telur dengan pemutar 'whisk' hingga kembang dan gebu. Masukkan ke dalam mangkuk dan sejukkan seketika.

#Kaedah water bath: Ambil semangkuk air panas. Kemudian ambil mangkuk (kalau boleh yang diperbuat daripada aluminium ataupun besi tahan karat) dan letakkan di atas air panas tadi. Cairkan kesemua bahan di dalam mangkuk aluminium tadi.

3 Jenis Brownies ( Badam, kismis, Walnut)


3 Jenis Brownies ( Badam, kismis, Walnut)

BAHAN A:

250 gm coklat masak

310 mentega


BAHAN B:

250 gm gula

5 biji telur

Sedikit esen vanila

BAHAN C:

200 gm tepung

20 gm serbuk koko


BAHAN D: (pilihan)

100 gm badam cincang

100 gm kismis

100 gm walnut


BAHAN KRIM:

357 gm coklat masak

142 ml susu segar


CARA MENYEDIAKAN :

1.Masak bahan A menggunakan double-boiler

2.kemudian cairkan coklat dan ketepikan

3.Pukul gula dan telur hingga kembang.Tuangkan esen vanila

4.Masukkan bahan A

5.Satukan tepung dan serbuk koko dan diayak. Kemudian masukkan sedikit

demi sedikit ke dalam adunan


6.Akhir sekali msukkan badam cincang

7.Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180' C selama 40 minit

8.Untuk krimnya,masak susu sehingga berbiuh

9.Masukkan coklat

10.Setelah sejuk sapukan krim dan taburkan dengan badam di atas kek.

Kek Coklat Kukus


Kek Coklat Kukus

BAHAN-BAHAN:

1 cawan serbuk coklat

1 cawan gula pasir

1 cawan marjerin cair

1 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil soda bikarbonat

3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.

2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)

3. Angkat dan sejukkan.

4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.

5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.

6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.

7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.

8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

PESAN SAJI: Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar.

Tuesday, July 27, 2010

Brownies Coklat


Brownies Coklat

BAHAN A:

250 ml mentega

400 gm gula kastor

BAHAN B:

5 biji telur gred B

BAHAN C:

100 gm serbuk koko

400 gm tepung kek

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil serbuk penaik

BAHAN D:

400 ml susu segar

100 ml krim putar UHT

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul bahan A hingga kembang.

2. Masukkan bahan B sebiji demi sebiji, kemudian putar lagi.

3. Satukan bahan C. Kemudian satukan pula bahan D.

4. Masukkan bahan C dan bahan D berselang-seli. Putar sehingga sebati (sekejap sahaja).

5. Sapukan bekas alumunium dengan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak.

6. Bakar selama sejam setengah atau sehingga masak pada suhu 180oC.

Hargailah Isteri Anda


Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia..

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,

Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami, Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis..

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri
kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala untuk menjadi ketuanya,juga bukan dari tapak kaki untuk dipijak-pijak.

Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,dari bawah lengan untuk mempertahankannya,dekat dengan hati untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.

Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di
sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha
illalLah' ini.

Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha
illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Monday, July 26, 2010

Lontong Goreng (Resepi)

Lontong Goreng adalah sejenis hidangan yg tidak perlu diperkenalkan lagi. Pada pandangan saya, ianya merupakan 'saduran' dari resipi kaum Cina- 'fried carrot cake'. Cuma kaum melayu kita telah membuat pelbagai 'improvisation' atau pengubah-suaian utk menepati citarasa atau selera orang2 Melayu. Berikut saya catitkan resipi lontong goreng ringkas. Mudah sekali dan rasanya tidak menghampakan...


Bahan-Bahan:
30 tangkai lada kering (gunting, rendam)
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih(Kisar semua bahan di atas)

1 sudu besar (gula)
1 sudu teh garam (atau ikut rasa)
1 sudu teh serbuk lada putih
3 sudu besar bawang goreng
3 - 4 sudu besar kicap manis
sedikit sos tomato dan sos cili
secukup minyak utk menumis

1 batang lontong (dipotong dadu kecil)
300 gm daging (hiris nipis2, potong kecil)
2-3 keping fish cake (hiris)
6-8 batang crabstick (potong kecil)
sedikit daun sup/bawang (hirid) bawang goreng
telur goreng (hancur atau dadar)

(Boleh juga ditambahkan lagi rencahnya seperti udang hidup dan sotong basah. Tapi kurangkanlah bahan yg lain agar sambalnya seimbang dan dapat meliputi kesemua bahan termasuk lontong).

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 yg telah dikisar tadi sehingga garing. Masukkan daging dan sedikit air dan kacau sekali sekala sehingga daging empuk. Kemudian masukkan pula lontong, crabstick dan hirisan fish cake. Gaul rata dan biarkan sebentar. Seterusnya, masukkan gula, garam, sos tomato, sos cili, kciap manis dan bawang goreng. Gaul lagi hingga rata. Biarkan sehingga lontong sebati dgn bahan2 lain. Akhir sekali, masukkan daun sup/bawang lalu matikan api. Bila hendak menghidangkannya, taburkanlah dgn sedikit lagi bawang goreng, daun sup/bawang dan telur dadar/hancur.

Sunday, July 25, 2010

Agar-Agar Roti


Bahan-Bahan(12 biji acuan pudding)

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 tin susu cair (170ml)
  • 8gram serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air

Cara Memasak

  1. Didihkan air,serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Putar roti,telur,susu pekat dan susu cair. Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai agak-agak.
  4. Tuang dalam acuan. Bleh letak pewarna apa-apa di atas dan lorek-lorekan dgn lidi.
  5. Masukkan peti ais beberapa jam sebelum makan.

Tart Kastad


Bahan-Bahan(satu acuan besar saya guna acuan pai)

PASTRI RAPUH:

  • 2-3 sdb susu segar
  • 250gm tepung gandum
  • 1 sdb gula castor
  • 1 biji telo
  • 125gm mentega sejuk(potong kecil2)
  • sedikit garam

KASTAD FILLING:
  • 500ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 50gm tepung kastad
  • 100gm gula castor
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • kismis hitam(optional)

Cara Memasak

  1. satukan tepung dan garam...(ayak)
  2. gaul mentega bersama adunan tepung hingga sebati...
  3. masukkan telur,gula,dan susu...adun hingga adunan lembut...
  4. rehatkan adunan selama 30 min..then terapkan mengikut acuan yg dikehendaki...
  5. bakar separuh masak..ketepikan dahulu...
CARA MEMBUAT KASTAD FILLING:
  1. Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga sebati...
  2. masak di atas api yg perlahan hingga agak pekat...
  3. kemudian tuang kedalam pastri tadi...dan taburkan dengan kismis hitam...
  4. bakar sekali lagi pada suhu 160 'c hingga masak...

Pancake



Bahan-Bahan(10 - 12 biji)

  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 2 biji telur - telur kuning dan telur putih diasingkan
  • 1 cawan susu segar
  • 25 g butter, dicairkan
  • Madu

Cara Memasak

  1. Campur tepung, baking powder dan gula di dalam sebiji mangkuk.
  2. Pukul telur kuning, susu segar dan butter di dalam mangkuk asing.
  3. Masukkan adunan telur ke dalam bahan-bahan kering tadi.
  4. Di dalam mangkuk asing, pukul telur putih dgn secubit garam sehingga adunan kembang dan bertanduk. Kemudian, masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga sebati.
  5. Panaskan kuali dgn sedikit butter. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali. Tidak perlu meratakan adunan ke seluruh kuali.
  6. Alihkan pancake supaya masak kedua2 belah. Pastikan kuali tidak terlalu panas atau pancake akan rentung.
  7. Hidangkan di dalam piring. Enak dimakan bersama madu atau maple sirap atau whipped cream.

Pannacotta Gula Melaka


Bahan-Bahan(4 - 5 orang)

  • 1/2(100ml) cawan susu segar
  • 1(200ml) cawan fresh cream
  • 20g gula melaka
  • 7g gelatin powder + 1/4cwn(50ml) air
  • *Sirap*
  • 40g gula melaka
  • 1/4(50ml) cawan air

Cara Memasak

  1. Masukkan susu segar, fresh cream dan gula melaka ke dalam periuk. Sambil dikacau panaskan sehingga nampak mendidih. Kemudian tutupkan api.
  2. Masukkan pula gelatin yang telah dicampur dengan air. Kacau sehingga gelatin hancur.
  3. Sejukkan periuk ke dalam bekas yang mengandungi ketulan ais dan air sambil dikacau sehingga sejuk.
  4. Masukkan ke dalam acuan yang sesuai, sejukkan selama 1 jam.
  5. Untuk buat sirap pula. Masakkan gula melaka dengan 1/4 cawan air. Panas sehingga mendidih.
  6. Letakkan sirap ke atas pannacotta yang telah beku/ keras.